BERITA
Eco Sentido Sdn. Bhd. Diluluskan sebagai Penyedia Latihan bagi Program Insentif Pensijilan Kayu (TCIP)
Eco Sentido Sdn. Bhd. dengan bangganya mengumumkan pelantikannya sebagai penyedia latihan yang diluluskan di bawah Program Insentif Pensijilan Kayu (TCIP), sebuah inisiatif yang disokong oleh Malaysian Timber Industry Board.
TCIP bertujuan untuk menggalakkan dan menyokong syarikat-syarikat kayu Malaysia dalam memperoleh pensijilan kayu yang diiktiraf di peringkat antarabangsa seperti Programme for the Endorsement of Forest Certification dan Forest Stewardship Council, sekali gus memperkukuhkan industri kayu lestari negara.
Melalui program ini, syarikat berdaftar MTIB daripada pelbagai subsektor — termasuk kilang papan, papan lapis, kayu kumai, pertukangan dan binaan kayu (BJC), perabot, eksport, serta pengeluaran berkaitan kayu lain — layak memohon insentif bagi pensijilan baharu dan pembaharuan pensijilan.
Antara manfaat utama penyertaan dalam TCIP ialah:
- Meningkatkan reputasi jenama.
- Akses yang lebih luas ke pasaran baharu.
- Mengurangkan risiko penggunaan kayu haram.
- Meningkatkan kepercayaan pengguna.
- Memperluaskan pangkalan pelanggan.
Di bawah TCIP, syarikat yang layak boleh menuntut sehingga RM6,000 atau 60% daripada kos audit pensijilan, dengan tempoh pelaksanaan antara 6 hingga 12 bulan bergantung kepada jenis permohonan.
“Pensijilan lestari bukan sahaja langkah pematuhan, malah merupakan pintu masuk kepada daya saing global,” kata Ts. Teh Soo Tyng, Pengarah Kelestarian Eco Sentido Sdn. Bhd. “Melalui TCIP, kami berhasrat membantu lebih banyak syarikat kayu memenuhi piawaian antarabangsa sambil mengukuhkan kedudukan Malaysia dalam industri kayu global.”
Untuk maklumat lanjut atau permohonan, sila hubungi Eco Sentido Sdn. Bhd. di:
E-mel: eap@ecosense.com.my
Telefon: +603-8942 9858.
Pencapaian Latihan ESG
Kami dengan bangganya mengumumkan bahawa Encik Effendy telah berjaya menamatkan Kursus ESG Manager anjuran Academy of Sustainability and Innovation.
Pencapaian ini mencerminkan komitmen berterusan kami terhadap kepimpinan kelestarian dan amalan perniagaan yang bertanggungjawab. Dengan pengetahuan yang dipertingkatkan dalam rangka kerja Environmental, Social, and Governance (ESG), Encik Effendy kini lebih bersedia untuk memacu perubahan yang memberi impak positif merentasi operasi dan rantaian nilai.
Tahniah, Encik Effendy — terus memimpin ke arah masa depan yang lebih lestari!
Ts. Teh Soo Tyng menyampaikan sijil ESG Manager kepada Encik Effendy. Tahniah atas pencapaian anda!
EAP – Eco Office 2024/2025
Tahniah!
Shiraishi Calcium (Malaysia) Sdn. Bhd. telah berjaya memperoleh Sijil Pencapaian di bawah Program Penerapan ESG (EAP) – Eco Office.
Pencapaian ini menandakan satu langkah penting dalam perjalanan kelestarian syarikat dan merupakan peluang terbaik untuk pengiktirafan awam terhadap komitmen berterusan anda dalam mengamalkan amalan yang bertanggungjawab dan lestari.
Syabas kepada seluruh pasukan Shiraishi Calcium — teruskan menjadi peneraju ke arah masa depan yang lebih mampan!
Shiraishi Calcium (Malaysia) Sdn. Bhd. menerima Sijil Pencapaian ESG di bawah Program Penerapan ESG – Eco Office. Tahniah!
Eco Sentido Membentangkan Penyelesaian Kelestarian Inovatif di Acara Pelancaran DIAF–ESG MIDA
Eco Sentido, sebuah syarikat spin-off yang dinamik daripada kumpulan syarikat NetsEco yang ternama, telah mempamerkan pelbagai perkhidmatan mereka di acara Pelancaran Dana Pemangkin Pelaburan Domestik bagi Pengamalan ESG (DIAF–ESG) oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) pada 24 April 2024. Acara yang berlangsung di Dewan Perdana, Aras 10, MIDA Sentral yang berprestij ini menghimpunkan pemimpin industri, wakil kerajaan dan pihak berkepentingan bagi menggalakkan integrasi Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) dalam kalangan PKS Malaysia serta Syarikat Sederhana (MTCs).
Sebagai rakan dipercayai dalam menavigasi landskap kelestarian yang kompleks, Eco Sentido menawarkan rangkaian perkhidmatan menyeluruh yang direka untuk memperkasa strategi mampan. Perkhidmatan ini merangkumi pembangunan ekosistem, Projek Inisiatif Eco Office (EOIP), Sistem Pengurusan Alam Sekitar (EMS), penulisan Laporan Kelestarian, pelaporan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG), Penilaian Kitar Hayat (LCA), analisis jejak karbon (CFP), Pengurusan Inovasi Hijau, Rekabentuk Hijau (Eco Design), Pengurusan Acara Hijau, serta pelaksanaan Teknologi Hijau Pintar ke arah ekonomi rendah karbon dan ekonomi kitaran.
Disokong oleh penyelesaian nyata yang dibantu oleh NetsEco, Eco Sentido berada pada kedudukan sebagai Ecosense Maker, menyediakan perkhidmatan konsultasi dan pelaksanaan kelestarian secara menyeluruh. MIDA turut menekankan kredibiliti para pempamer yang dijemput ke acara tersebut, mengesahkan status Eco Sentido sebagai penyedia perkhidmatan yang berkelayakan. Dengan fokus kepada penyelesaian yang praktikal dan impak sebenar, Eco Sentido membantu organisasi menavigasi kerumitan kelestarian dengan yakin.
Melalui kerjasama dengan rakan antarabangsa, Eco Sentido menyampaikan impak positif yang nyata dan boleh diukur melalui penyelesaian seperti Perakaunan Karbon, Eco-Office, dan platform pengurusan karbon inovatif ICEP. Selain itu, Eco Sentido juga merupakan penyedia pensijilan berlesen AA1000, serta antara beberapa firma perunding yang diperakui dengan MyHijau Mark.
Pelancaran DIAF–ESG oleh Timbalan CEO, Puan Lim Bee Vian, menandakan satu langkah penting dalam perjalanan kelestarian Malaysia. Dana ini menawarkan geran padanan untuk memperkukuh pengamalan ESG dalam kalangan PKS tempatan dan MTC, sekali gus meningkatkan daya saing global.
Permohonan untuk DIAF–ESG kini dibuka melalui portal InvestMalaysia, menawarkan sokongan penting kepada organisasi yang komited untuk mengamalkan amalan ESG.
Eco Sentido bersedia untuk menyediakan penyelesaian dan panduan yang disesuaikan kepada entiti yang ingin memanfaatkan geran ini bagi pertumbuhan yang mampan.
Nets Printwork Sdn Bhd memenangi Gangsa di Asia Sustainability Reporting Awards yang ke-6
Singapura, 19 Mei 2021: Nets Printwork Sdn Bhd telah memenangi anugerah Gangsa dalam Asia’s Best Sustainability Report (SME) di Asia Sustainability Reporting Awards (ASRA) ke-6, anugerah antarabangsa paling berprestij untuk pelaporan korporat.
Nets Printwork Sdn Bhd juga merupakan salah sesuatu finalis dalam Pelaporan Rangkaian Bekalan Terbaik di Asia pada majlis anugerah hari ini.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Cik Teh Soo Tyng dan pasukannya serta Eco Sentido Sdn Bhd atas kerajinan dan dedikasi mereka untuk membawa syarikat kami lebih jauh atas perjalanan kelestarian dalam persekitaran yang mencabar,” kata Encik Teh Leong Sim, Pengarah Urusan Nets Printwork Sdn Bhd.
Pemenang anugerah telah diumumkan di dalam satu majlis ekslusif secara maya di Singapura disebabkan oleh pandemik yang masih berlanjutan.
Majlis anugerah dimulakan dengan ucapan perasmian oleh tetamu yang dihormati H.E. Ms Kara Owen, Pesuruhjaya Tinggi Britain di Singapura. Majlis anugerah tersebut juga mempunyai sesi rapid-fire dengan juri-juri ASRA.
“Laporan Nets Printwork Sdn Bhd menunjukkan kepemimpinan yang luar biasa dalam pelaporan prestasi keberlanjutannya yang telus dan menunjukkan kesediaannya untuk masa depan,” kata Rajesh Chhabara, pengarah urusan CSRWorks International dan pengasas ASRA.
Panel juri bebas telah mengulas 494 penyertaan yang diterima dari 17 negara untuk 19 kategori anugerah. Setelah penilaian awal, 102 syarikat dari 14 negara berjaya ke peringkat akhir. Persaingan yang sengit dalam peringkat akhir menghasilkan 39 pemenang meraih 57 pingat emas, perak dan gangsa dan anugerah Perlaporan Tahunan.
Majlis anugerah maya yang bersiaran secara langsung dihadiri oleh lebih daripada 250 pemimpin perniagaan kanan dan pengamal kelestarian dari 20 negara. Hadirin juga termasuk orang kenamaan dari akademik, kedutaan, persatuan perdagangan dan organisasi advokasi.
ASRA mengikuti proses penilaian pelbagai peringkat yang tegas. Panel juri bebas akan menentukan finalis dan pemenang. Penilaian melibatkan tiga pusingan penilaian untuk memilih yang terbaik antara setiap kategori anugerah. Selain daripada penilaian kualiti laporan, ketelitian wajar yang komprehensif mempertimbangkan reputasi syarikat di antara pihak berkepentingan mereka juga sebahagian dari proses penilaian.
Catatan kepada editor:
Maklumat yang lebih komprehensif mengenai Asia Sustainability Reporting Awards (ASRA) boleh didapati di www.csrworks.com/asra
Untuk maklumat lanjut, hubungi:
Teh Soo Tyng
Secretariat Eco Sense
Asia Sustainability Reporting Awards (ASRA)
E-mel: sootyng@netgroup.com.my
Mengenai Asia Sustainability Reporting Awards (ASRA)
Asia Sustainability Reporting Awards (ASRA) mengiktiraf pemimpin pelaporan kelestarian dalam Asia. Visi ASRA adalah untuk menjadi pengiktirafan paling inspiratif untuk kecemerlangan pelaporan kelestarian dalam Asia. Panel bebas yang terdiri daripada pelbagai juri menilai penyertaan untuk memilih pemenang.
ASRA bertujuan untuk memberi peluang kepada organisasi tanpa mengira besar dan kecil untuk menunjukkan usaha kelestarian, membangunkan kerpercayaan di antara pihak berkepentingan, meningkatkan nilai perniagaan mereka dan menarik pelabur yang bertanggungjawab.
Mengenai CSRWorks
CSRWorks merupakan juara kelestarian yang paling terkenal di Asia. Selain Asia Sustainability Reporting Awads, kami juga menganjurkan Asia Sustainability Reporting Summit tahunan, sebuah persidangan antarabangsa yang sangat dikagumi. Program Asia’s Top Sustainability Superwomen kami mengiktirafkan pemimpin wanita yang paling berinspirasi dalam kawasann kami melalui penyenaraian tahunan.
Untuk maklumat lebih lanjut, layari
www.csrworks.com
Kesedaran tentang Revolusi Perindustrian 4.0 Transformasi Digital
We assist organisation who has obtained their Industry4WRD Readiness Assessment (RA) Report by organising two days training on “Awareness of Industry Revolution 4.0 Digital Transformation” on 29- 30 March 2021 and 6-7 April 2021 for two different companies.
Kami membantu organisasi yang telah memperolehi Industry4WRD Laporan Readiness Assessment (RA) dengan mengadakan latihan 2 hari mengenai “ Kesedaran Tentang Revolusi Perindustrian 4.0 Transformasi Digital” pada 29-30 March 2021 dan 6-7 April 2021 untuk dua syarikat yang berlainan.
Forum Eco Sense: “Bagaimanakah Pensijilan FSC Mendekatkan Anda dengan Jenama Antarabangsa”
Eco Sense Resource Centre of Eco Sentido Sdn Bhd had organised Eco Sense Forum: “How FSC Certification Bring You Closer to International Brands” on 19 January 2021 (Tuesday) from 2.30 pm to 4.30 pm. The forum is aimed to provide updated information to stakeholders in the print and packaging industry on right sourcing, to expand their business and gain new clients. The panel of speakers include Ms Charmaine Chee, Country Manager of FSC Malaysia, Mr Hari Raj Kumar, Operations and Marketing Managerof MBf Printing Industry Sdn Bhd, Ms Teh Soo Tyng, Sustainability Director of Nets Printwork Sdn Bhd.
Eco Sense Resource Centre dari Eco Sentido Sdn Bhd telah menganjurkan Forum Eco Sense: “Bagaimanakah Pensijilan FSC Mendekatkan Anda dengan Jenama Antarabangsa” pada 19 Januari 2021(Selasa) dari 2.30 pm ke 4.30 pm. Forum tersebut adalah bertujuan untuk memberikan maklumat terkini kepada pihak berkepentingan dalam industry cetak dan pembukusan mengenai sumber tepat demi mengembangkan perniagaan mereka dan mendapatkan pelanggan baru. Panel penceramah termasuklah Cik Charmaine Chee, Pengurus Negara FSC Malaysia, Encik Haji Raj Kumar, Pengurus Operasi dan Pemasaran MBf Printing Industry Sdn Bhd, Cik The Soo Tyng, Pengarah Kelestarian Nets Printwork Sdn Bhd.